Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 (PPPAF2) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 5 pada 29hb Mac 2009 (Ahad) yang lalu. Kira-kira seramai 80 ahli PPPAF2 telah menghadiri AGM ini yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor En. Azahari Bin Sairin.
Pada AGM kali ini pemilihan AJK PPPAF2 untuk penggal 2009/2010 telah dipilih dan dilantik. Tn Hj Ahmed Zawawi Bin Ismail telah mengekalkan jawatan sebagai Presiden PPPAF2 manakala Tn Hj Zakaria Bin Mustafa yang merupakan Pengerusi Surau Al-Furqan telah dilantik menjadi Timbalan Presiden menggantikan En. Mohd Azmi Bin Mohd Rosli.
Sebahagian AJK 2008/2009 telah mengekalkan jawatan dalam AJK. Manakala beberapa muka baru telah dilantik/dipilih untuk menjawat jawatan dalan AJK PPPAF2. Diharapkan gabungan AJK lama dan baru akan menjadikan PPPAF2 lebih efisien dan berkerja lebih giat lagi. Senarai AJK PPPAF2 penggal 2009/2010 telah disenaraikan di blog PPPAF2.
BERSATU TEGUH
SU PPPAF2
Mesyuarat Agung Tahunan PPPAF2 Kali Ke 5
Written By PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK ALAM FASA 2 on Tuesday, 7 April 2009 | 21:54
Related Articles
Jika anda mahukan makluman atau berita terkini Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, sila masukan alamat email anda dikotak kosong dibawah kemudian klik 'submit'.
1 comments:
Salam. Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantah pembinaan kompleks penjara tegar di kawasan kita?. Tapak Penjara tegar sedang giat dijalankan berhadapan Felda Bukit Cherakah yang hampir dengan Puncak Alam Fasa 1. Yang merungsingkan ia berhampiran dengan Universiti Teknologi MARA di mana beribu-ribu anak-anak kita dihimpun menyambung pelajaran.
Selain itu saya rasa harga tanah akan turun jika ia dibina dan pembangunan kawasan kita akan terbantut. Perlukan bangunan seumpama ini dibangunkan di kawasan melayu seperti Puncak Alam.
Sila sediakan petisyen atau apa cara yang bijaksana dan uar-uarkan, kami sedia menyertainya.
Post a Comment