Home » , , » Kemalangan di Green Hill, seorang penduduk Fasa 2 terkorban.

Kemalangan di Green Hill, seorang penduduk Fasa 2 terkorban.

Written By PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK ALAM FASA 2 on Thursday 31 October 2013 | 07:41


Puncak Alam 30 Oktober 2013 - Satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah motorsikal yang dinaiki sepasang suami isteri telah terlibat dalam kemalangan pagi tadi di lampu isyarat persimpangan kawasan perumahan baru siap Green Hill lebih kurang 200 meter sebelum kawasan perumahan Alam Budiman.

Daripada maklumat yang diterima di dalam laman sosial Facebook Bandar Puncak Alam memaklumkan penunggang motorsikal terbabit telah meninggal dunia ditempat kejadian manakala isteri mangsa mengalami kecederaan. 

Dikhabarkan mangsa yang tinggal di Fasa 2 rumah bernombor 72 Jalan 8/2 bersama isteri membawa kuih-muih dengan menaiki motorsikal dan tidak dapat dipastikan arah tuju mangsa bersama isterinya.

Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian.
Share this article :

0 comments:


SILA KLIK PAUTAN MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
DIBAWAH INI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT

  









 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger