Home » , » Mesyuarat Majlis Pemuafakatan JKP Bandar Puncak Alam

Mesyuarat Majlis Pemuafakatan JKP Bandar Puncak Alam

Written By PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK ALAM FASA 2 on Sunday 19 January 2014 | 08:59


Puncak Alam 17 Januari 2014 - Satu perjumpaan di kalangan pengerusi Persatuan Penduduk di Bandar Puncak Alam telah diadakan bagi membincangkan permasalahan bersama yang masih belum diselesaikan antaranya isu-isu yang tertunggak oleh MDKS serta isu baru iaitu penjualan arak di Pasaraya Tesco yang baru dibuka.



Antara yang hadir dalam perbincangan ini ialah Pengerusi Penduduk Shah Alam 2, Astana Alam, Fasa 1 serta Fasa 3.

Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Ahli Majlis Kuala Selangor Hj. Fakharudin.

Dalam keputusan yang dibuat, mesyuarat bersetuju membentuk satu jawatankuasa yang diber nama Majlis Permuafakatan JKP Bandar Puncak Alam. Mesyuarat juga bersetuju melantik Tn. Hj. Zakaria sebagai Pengerusi bagi majlis pemuafakatan tersebut.

 Berikut merupakan jawatankuasa dalam Majlis Permuafakatan JKP Bandar Puncak Alam :

Penaung               :   Tuan Hj Fakharuddin
Pengerusi             :   Tuan Hj. Zakaria Mustafa
Timb. Pengerusi    :   En. Rosham Muhamamd.
Setiausaha            :   Muhamad Ali.
Bendahari             :   Rosli Awang Abd. Rahman
AJK                     :   Semua JKP / Surau / JMB
Share this article :

0 comments:


SILA KLIK PAUTAN MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
DIBAWAH INI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT

  









 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modified by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger